PRINSIP PENDEKATAN RAKAN MUDA
Rakan Muda mengekalkan 8 Gaya Hidup daripada 9 Gaya Hidup dengan diberi nafas baru berdasarkan Falsafah yang dinyatakan di atas. 8 Gaya Hidup tersebut adalah:-
RAKAN MUDA WAJADIRI
Jatidiri, Bertanggungjawab, Berdisiplin dan Berpendirian teguh adalah elemen utama bagi membebaskan diri dan minda daripada pengaruh negatif dan ianya pasti akan menjamin keperibadian mulia generasi muda. Melalui aktiviti yang memberikan remaja peluang, kesedaran dan pembangunan kemahiran mempertahankan diri dapat memupuk sifat yakin remaja dan bersemangat dalam mengharungi cabaran hidup. Sertai aktiviti ini dengan menghubung Penggerak Rakan Muda ataupun KBS atau Persatuan Seni Silat Sekolah, Taekwondo, Karate-Do, Silambam, Wushu, Taichi dan Chingkung.
RAKAN MUDA CINTA ALAM
Program penerokaan dan pendedahan, kepentingan penjagaan alam yang dipenuhi flora dan fauna, haiwan, sejarah dan pelbagai lagi keindahan yang tidak ternilai akan lebih terpelihara keunikannya. Sertai aktiviti ini dengan menghubungi Penggerak Rakan Muda ataupun KBS atau melalui Kelab Alam Semulajadi, Kelab Kembara / Rekreasi / Memancing / Kayak, Persatuan Sejarah.
RAKAN MUDA WIRAUSAHA
Bercita-cita menjadi ahli koporat dan ahli perniagaan? Ikuti program keusahawanan yang dibimbing oleh pakar dalam bidang perniagaan bagi mewujudkan ekonomi masa hadapan negara yang lebih maju dan berdaya asing dalam semua bidang. Sertai aktiviti ini dengan menghubung Penggerak Rakan Muda ataupun KBS atau melalui Kelab Kewangan Pelajar Sekolah / Kelab Pelabur Bijak, Kelab Usahawan Muda, Persatuan Ekonomi / Sains Rumah Tangga, Persatuan Prinsip Akaun / Ekonomi dan Kelab Koperasi Sekolah.
RAKAN MUDA KECERGASAN
(Termasuk Sukan Dan Rekreasi)
3 komponen utama : Sukan, Rekreasi dan Kecergasan menjadi asas bagi membina minda, fizikal dan peribadi yang mantap bagi mewujudkan remaja yang berkualiti. Sertai aktiviti ini dengan menghubung Penggerak Rakan Muda ataupun KBS atau melalui Persatuan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Kelab Sukan Sekolah.
RAKAN MUDA SENI BUDAYA
Bakat semulajadi yang ada dalam diri tidak harus dipersiakan. Sertai aktiviti ini dengan menghubung Penggerak Rakan Muda ataupun KBS atau Persatuan Muzik dan Genderang, Kelab Kebudayaan, Kelab Seni Kraftangan, Kelab Kompang, Kelab koir dan Kelab Nasyid, Persatuan Pendidikan Seni, Pasukan Pancaragam Brass, Pasukan Pancaragam lain-lain.
RAKAN MUDA INOVASI
Kreatif, inovatif dan mahir adalah komponen bagi mewujudkan saintis dan perekacipta muda melalui program bimbingan tenaga pakar bagi melahirkan tenaga muda yang mahir dan berdaya cipta dalam bidang teknologi canggih, moden dan maju. Sertai aktiviti ini dengan menghubungi Penggerak Rakan Muda ataupun KBS atau melalui Kelab Aeromodeling, Elektronik, Persatuan Motor Mekanik.
RAKAN MUDA KECERGASAN
Patriotisme, Cinta Negara dan Penyayang di samping penerapan nilai-nilai kepimpinan, kerohanian dan keprihatinan pasti menjamin perpaduan yang mantap. Sertai aktiviti ini dengan menghubungi Penggerak Rakan Muda ataupun KBS atau melalui Kelab Kemanusiaan (Humanitrian), Kelab Loins, Kelab Interact, Kelab Leo, Persatuan Sains Kemanusiaan, Kelab Pencegahan Jenayah, Kelab Rukunegara, Kelab Setia, Kelab Keselamatan Jalan Raya, Kelab Pengguna, Kelab Bimbingan dan kaunseling.
RAKAN MUDA RAKAN SIBER
Saluran internet memainkan peranan sebagai saluran untuk berkomunikasi dan berhubung dengan golongan remaja. Berfungsi sebagai sat platform siber dimana pihak Kementerian dapat berkomunikasi serta mengumpul maklumat dari golongan remaja berkaitan isu-isu semasa. Sertai aktiviti ini dengan melayari portal siber www.2-u.com.my atau Kelab Komputer Sekolah dan juga Pusat Siber Rakan Muda di semua kompleks Rakan Muda.








