Aktiviti Rakan Muda

KELAB RAKAN MUDA

Kelab yang ditubuhkan disetiap kawasan anda (parlimen) ini bertujuan agar golongan belia remaja dapat bergerak secara bersama dengan komuniti setempat dalam melaksanakan pelbagai aktiviti Rakan Muda. Pendekatan program yang terbuka lebih bersifat kepada semua pringkat komuniti. Untuk menyertai aktiviti ini, layari rakanmudakbs.blogspot.com atau Penggerak Rakan Muda kawasan Parlimen anda di Pejabat Belia dan Sukan Daerah.

PROGRAM RAKAN MUDA RAMADHAN

Program ini dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan setiap tahun dengan melibatkan 5 buah masjid / program setiap daerah. Antara program yang dilaksanakan adalah Program Rakan Muda tadarus Al-Quran, Solat Tarawih dan Witir, Program Penghayatan Ramadhan (Tazkirah / Ceramah), Program Sambulan Nuzul Al-Quran, Program Rakan Muda Khatam di setiap negeri. Untuk menyertai aktiviti ini, hubungi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Penggerak Rakan Muda kawasan Parlimen anda di Pejabat Belia dan Sukan Daerah.