PRINSIP PENDEKATAN RAKAN MUDA
Di samping itu 3 program baru diperkenalkan bagi memperluaskan lagi skop Program Rakan Muda. Program berkenaan ialah :-
RAKAN MUDA SUKARELAWAN

Badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan akan bersama membimbing remaja melalui program ini bagi melahirkan tenaga muda yang sentiasa bersedia berkhidmat dan berpengetahuan tinggi didalam apa jua keadaan sama ada diperingkat nasional mahupun antarabangsa. Aktiviti yang dijalankan akan memberi pendedahan terhadap inisiatif diri dan sentiasa peka dan berkhidmat pada dan bila-bila masa mereka diperlukan dimana sahaja.
RAKAN WAWASAN DESA

Kepimpinan, Kesedaran dan Kerjasama antara masyarakat bandar dan desa adalah aspek bagi pembangunan peribadi remaja keseluruhannya. Program ini membantu remaja dalam dan luar bandar membangunkan kesedaran mengenai pentingnya pembangunan masyarakat secara menyeluruh. Spiritual, Mental dan fizikal yang disumbangkan akan menjana tenaga muda yang prihatin,dinamik dan penyayang serta akan menjadi contoh yang baik bagi generasi akan datang.
RAKAN JIRAN MUDA

Dalam menangani masalah sosial, program ini dapat membantu masyarakat berbilang kaum mencari dan mengatasi masalah yang sedia ada dan akan datang melalui pemantapan intergrasi kaum diantara golongan muda dan masyarakat. Program yang berbentuk kemasyrakatan dan pergaulan yang ceria dan sihat disemua peringkat akan mewujudkan.
PENGGERAK RAKAN MUDA
Penggerak Rakan Muda adalah seorang yang mempunyai identiti (beruniform dengan logo seperti yang dipaparkan) yang berupaya mendekatkan anda dengan Program Rakan Muda. Penggerak juga merupakan penyelia Pusat Siber Rakan Muda di kawasan anda.
ANNUGERAH REMAJA PERDANA

Pelajar akan dapat menyertai aktiviti gaya hidup Rakan Muda di sekolah menerusi Kelab sedia ada di peringkat sekolah serta diiktiraf penglibatan mereka melalui skim pengiktirafan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM). Piawaian skim ARPRM adalah diiktiraf oleh piawaian antarabangsa “ The International Award For Young People” yang beribu pejabat di United Kingdom untuk menyertai aktiviti ini, hubungi Jabatan Belia dan Sukan Negeri atau Penggerak Rakan Muda Kawasan Parlimen anda di Pejabat Belia dan Sukan Daerah.

